Friday 21 August 2015

Bla bla bla... hahaha

Assalamualaikum.. 

Cerita dulu dah lama tamat.. Kisah aku dengan si dia yang dulu dah berakhir. Bukan mudah beralih arah. Tapi kalau aku masih menanti orang yang tak pernah anggap wujudnya aku, apa lah guna. Sekarang aku dengan orang yang aku rasa aku ada pertalian yang kuat dengan dia. Dia jaga aku, selalu ada waktu susah or senang. Selalu cuba penuhi permintaan aku. Selalu cuba untuk bahagiakan aku, bagi aku happy. Tapi setiap hubungan mustahil takda masalahkan. 

Tahun ni dah masuk tahun kedua hubungan kami. Aku bahagia. Pernah tak kita tanya, kita cari apa itu cinta yang sebenarnya? Apakah rasa cinta yang sebenar? Dalam skop yang lebih kecil, cinta kepada seseorang yang tiada pertalian darah dengan kita pun. Mcam mana kita boleh describe bahawa itu adalah cinta. Bukan perasaan suka semata-mata. Tapi satu rasa yang buat kita menginginkan satu kemajuan dalam hubungan. Bukan sekadar nak penuhi masa lapang, okay. 

Bagi aku, bila kita mula meletak satu tahap kepercayaan yang agak tinggi pada dia. BIla kita mula bercerita sesuatu yang selama ni kita simpan. Kita boleh berkongsi apa juga cerita. Apa juga masalah. Sikap saling menjaga, saling melindungi. Kita mula saling memahami. Itu adalah CINTA. Bila dia atau kita sendiri boleh jadi kawan, jadi kekasih dan sahabat. Itu adalah saat paliiinngggg indah. kenapa ? Sebab kita tak perlu nak sorok perangai kita. Dia boleh terima kita apa adanya. Maksudnya, dengan kawan2 kita mungkin lain caranya, dengan kekasih mungkin lain caranya, dengan abang mungkin lain caranya. Tapi bila dia boleh bagi kita 3 in 1. Kan hebat macam tu.. Takda laa bosan.. Aku pernah rasa hubungan yang bosan tu. 

But now tak lagi.. I'm free... I just need to be myself. Not others. I'm perfect like who I am. Penat laa nak control2. Penat laa nak makan tutup2. Bosan laa asyik romantik macam kau tak pernah ada masalah. But every relation ada peraturannya. So we just follow the rule. Selagi kita tak menyalahi undang2, takda laa kena saman. hehe.. Tipu la kalau takda masalah kan. Tapi kat sini la peranan bermula. Lelaki macam mana, perempuan macam mana. Bergaduh, bertekak bukan jalan penyelesaian. Aku mula belajar sesuatu. Berdiam diri, simpan semua rasa, tak pernah berterus terang akan mengusutkan lagi keadaan. Lagi menyeksa diri. So, belajarlah berterus terang. Belajarlah jujur dengan org lain dan juga diri sendiri. Smpai bila juga nak simpan kan.. Cari masa, tempat dan keadaan yang sesuai sebelum berbincang. 

Sebenarnya, bukan ni yang aku nak tulis. Tapi ni yang keluar. hahaha... Biar la.. Tapi ini yang sebenarnya terjadi. Macam ni la aku bila kusut nak buat esaimen sebok p tulis kat blog. haha.. 

okay laa,,, good night... see you againn.. 

No comments:

Post a Comment