Wednesday 22 May 2013

FOR KYFM'S STUDENTS ~~

Assalamualaikum.. :) Ollaa.. !! 
 Hurmm,, enrty kali nie memang khas untuk semua student Kolej Yayasan Felda Mempaga (KYFM).Yelaa,, sempena hari last aku ni, ada laa sikit kata-kata terakhir Nurul untuk korang semua.. terakhir laa sangat akn .. ?hehe.. Okayy,, bagi yang dah bosan dengar Nurul berkata-kata, hari ni Nurul tak suruh korang dengar, tapi mintak korang baca yee.. hehehe.. :) Before that, sebab kat KYFM majoritinya panggil Nurul nie Nurul, so Nurul guna nama Nurul laa yer. Bukan ape, sebab ada yang panggil nurul iqah. Jangan confuse okayy.. 
First of all, macam biasa laa. Nurul nak mintak maaf banyak banyak banyak kat semua orang yang ada kat kolej ni. Nurul tau nurul tak perfect, so banyak la salah and silap yang nurul buat. Nurul tau tuu.. That's why nurul nak mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Kot laa nurul ada terkasar bahasa, tersakitkan hati, terpukul, tersepak, tercubit, tergurau lebih-lebih, terambil barang, termakan makanan, terguna duit, termintak belanja, terhutang, termarah, segala jenis 'TER' laa yang nurul pernah buat.. Nurul harap sangat korang halal kan and maafkan nurul. Mintak sangat sangat.. Mana laa tau kalau umurtak panjang dah tak jumpa. Bila pulak nurul nak bayar semua2 tuu.. :) Sorry again...
Untuk budak-budak Kulinari Level 1, korang jaga diri elok-elok tau. Nurul doakan korang sentiasa be the best dalam apa pun yang korang buat. Jangan pernah rasa terlalu rendah diri dengan orang lain. Kita kat sini semua sama. Kalau kita rasa kita hebat, ingat ada yang lebih hebat dari kita. Jadi diri korang, jaga friendship yang kita dah bina selama ni. Jangan sebab benda kecik korang semua berpecah. Kalau ada ape2 masalah bincang elok-elok,jangan nak tinggi suara or begaduh. Jujur cakap Nurul tak suka okayy.. Try untuk jadi more independent. Sampai bila kita nak bergantung harap pada orang kan? one day, kita akan sendiri jugak. Masa tu baru la kita tau betapa susahnya nak hidup berdikari nie. Terima kasih jugak kat korang sebab dah ceriakan hari-hari nurul kat kolej nie. Korang kawan-kawan yang paling best. Thanks a lot sudi jadi kawan nurul.. Nurul SAYANG KORANG SANGATTTT !!!!!! 
Untuk senior and super senior, tak kira laki or perempuan.Terima kasih sebab selalu ingatkan junior and ingatkan nurul jugak kalau kitorang buat salah, selalu nasihatkan kitorang. Nurul nak mintak maaf kalau nurul tak sempat nak tegur semua senior and super. Tapi Insya Allah nurul akan ingat korang.. Nurul akan paling ingat minggu orientasi tuu, memang penat,tapi best sangat. Tu laa kenangan indah nurul kat KYFM nie.. Pastu terima kasih jugak sebab tolong nurul masa nurul tak sehat time orientasi tu, jaga nurul time histeria, nurul nak sebut ramai sangat. So, terima kasih banyak banyak banyak kat semua.. :)
Special for my beloved brother and sis.. Terima kasih banyak banyak banyak sebab dah jaga adik selama nie, ambik berat pasal adik, jadi tempat adik luahkan masalah, tolong adik selesaikan masalah, ceriakan hari-hari adik time adik sedih. Terima kasih sangat sebab tak pernah tinggal adik time adik susah, and selalu dengan adik time adik senang. Korang selalu nasihatkan adik kalau adik buat salah. Selalu tolong adik buat keputusan yang betul. Tak tau nak cakap terima kasih macam mana kat abang and akak sebab korang banyak sangat tolong adik selama nie. Adik mintak halal dunia akhirat kalau adik ada guna duit korang. Mintak halal jugak mana yang abang and akak dah belanja adik, beli barang or ape2 laa..Yangpaling penting TERIMA KASIH BANYAK BANYAK BANYAK SANGAT sebab sudi jadi akak and abang adik. Sebenarnya tak terluah dek perkataan perasaan terima kasih nie. :) Adik sayang korang sangat sangat sangat... !! korang brother and sis yang paling best adik ada. hope korang tak lupa adik.. (NURUL SYAMIMI BINTI ZAMRI) AND (MUHAMMAD MUSTAQIM BIN MISNAN)
On 23 May 2013 , saya NURUL AFIQAH BINTI ZAMRI dengan rasminya saya menamatkan pelajaran di KYFM bagi sesi Jan-Jun 2013.. Insya Allah,, ada rezeki jumpa lagi kat luar.. 



  

Tuesday 14 May 2013

UNTUK AWAK ~~

Assalamualaikum.. :) Ollaa.. !! 
Hyee all my yayangs ... Ape cerita korang ? Mesti semua happy happy kan ? Aku harap korang semua enjoy dengan hidup korang.. Sebab setiap peristiwa yang korang alami, tu sebenarnya kenangan terindah. Sepahit mana pun perisitiwa tu, satu hari bila korang kenang semula mesti korang akan tersenyum semula.. :) 
Macam aku jugak.. Banyak benda yang dah jadi kat aku, banyak benda yang menyakitkan aku pernah dapat, banyak benda yang aku tak pernah jangka jadi kat aku at last jadi jugak, banyak sangat benda yang jadi. Aku baru 18 tahun, tapi aku rasa banyak sangat perkara yang jadi and buat aku untuk fikir lebih matang dalam hidup nie. Hurmm,, tak tau la dah kenapa emo sangat nie.. haha.. okay okay.. Relax..
For someone yang sentiasa dalam hati aku:-
"Awak,, awak nak tau tak? Selama saya kenal awak, saya tak pernah lupa pasal awak. Saya ingat semua pasal kita.. Sikit pun saya tak pernah lupa. Walaupun bagi awak semua tu remeh, tapi saya tetap ingat... Sebab bagi saya tu semua kenangan kita and kita takkan dapat kenangan yang sama lagi." 
"Awak, kita baru je kenal. Tak sampai setahun pun lagi. Tapi saya rasa macam dah lama sangat kenal awak.. Saya sedih sangat sebenarnya.. Saya pun tak tahu kenapa. Maybe lepas ni saya dah tak jumpa awak kot. Kalau jumpa pun maybe lambat lagi. Saya nak jumpa awak untuk kali terakhir sebelum saya tinggal awak pun belum tentu lagi dapat. Tapi takpe awak saya faham. Awak bukan sengaja nak buat macam tu. Awak ada sebab and alasan awak sendiri. Pedih hati saya ni. Berat sangat hati saya nak tinggal awak. Tapi saya terpaksa.. Saya perlu buat untuk teruskan hidup ni." 
"Pertemuan yang saya tak pernah mintak and perpisahan yang saya tak pernah duga. Kalau saya tau ni yang akan jadi. Saya rela tak kenal awak, tak sayang awak, dari saya sakit hati and sedih bila terpaksa berpisah dengan awak. Nanti bila saya dah takde depan mata awak, awak jaga diri elok-elok. Jaga hati orang yang sayang awak tu elok-elok. Saya tau awak pun sayang dia kan ? Awak jaga dia, kalau awak ada masalah dengan dia, bincang. Tak mau gadoh-gadoh. Saya tak nak dia rasa apa yang saya pernah rasa. Cukup lah saya je. Lagipun saya tak suka tengok awak stress. Even awak tak pernah tunjuk depan saya. Tapi saya tau awak ada masalah.. Kalau awak takde tempat mengadu, ingat ALLAH sentiasa ada untuk hamba Nya. :) " 
"Saya tak bole tipu yang saya kadang-kadang cemburu tengok awak dengan dia, tapi saya happy sebab saya tau awak happy. Saya rela sakit asal awak bahagia. Lepas nie, awak tak payah risau tau. Sebab saya dah takde nak ganggu awak, nak kacau awak dengan dia. Awak dah tak payah nak fikir perasaan saya masa tu. Jaga hati dia elok-elok. Dia lagi perlukan awak.. And awak pun perlukan dia kan ? Tapi awak nak tau tak,, semua benda yang jadi depan mata saya ni la yang akan buat saya lagi ingat awak. Itu lah kenangan kita yang sebenarnya. Kita tak banyak kenangan bersama, tapi kenangan yang ada tu akan saya jaga, saya ingat selagi Allah tak tarik semua tu dari saya."
"Saya harap awak tak lupa saya walaupun saya dah takde depan mata awak nanti. Tapi kalau awak nak lupakan saya jugak, awak tunggu sampai saya dah takde atas muka bumi ni. Masa tu mungkin badan saya dah dimakan cacing kat dalam tanah. Masa tu memang saya mintak awak lupakan saya sampai bila-bila. :) .."
Korang nak tau tak , aku ni sebenarnya akan jadi sangat bodoh bila hadap benda yang berkait dengan hati and perasaan nie.. Aku bodoh sangat sebab berharap benda yang tak mungkin jadi. "Berharap pada manusia selalu dikecewakan, tapi berharap pada Allah, insya Allah akan dipenuhi. Cuma cepat atau lembat je" 
 
 
 
 

Thursday 9 May 2013

FEEL WHAT I FEEL ~

Assalamualaikum... :) Ollaa !
Jumpa lagi kitaa.. hehe.. Korang ,, nak tanya apa yang korang rasa sekarang ? Happy ? Sad ? Suspicious ? Nervous ? Upset ? Rindu ? .. Mesti macam-macam ada kan ? Aku sekarang semua ada.. Tapi yang paling jelas and nyata, aku paling rasa sekarang RINDU HAPPY and THANKFUL TO ALLAH.. Apa pun yang kita rasa mesti ada sebab sebenarnya. Takkan saje-saje je kan. Haha.. 
Okay ,, aku RINDU sebab lambat lagi aku nak jumpa dia. Dan aku tau lepas nie aku akan lebih rindu dia sebab aku mungkin tak jumpa dia dah. Aku pun tak tau lagi macam mana in the future. Tapi kalau mengikut jalan ceritanya macam tu la lebih kurang. Susahnya laa nak jumpa. Selalunya aku hanya akan lihat dia dari jauh. When he smile, I smile too... :) (**smile) It's more than enough to make me happy. Aku rindu nak tengok dia senyum. Aku rindu nak borak-borak dengan dia. Aku rindu nak kacau dia. Aku rindu nak dengar dia tegur aku. Aku rindu nak tegur dia. Aku rindu semua pasal dia..... Susah jugak kan bila rasa macam ni ? 
Nak tau tak kenapa aku happy ? haha.. Aku HAPPY sebab semalam aku dapat hadiah .... !! Excited sangat ... ! Cute sangat hadiah tuu... Dia cakap kat aku hadiah tu tak la mahal mana, tapi hope bila tengok hadiah tu aku takkan lupa dia. Untuk pengetahuan dia, tak kesah la hadiah tu mahal or tak , tak kesah la hadiah tu cantik or tak, kalau dia ikhlas aku terima dengan ikhlas jugak.. And kalau dia tak bagi hadiah tu pun aku tetap akan ingat dia sampai bila-bila.. Insya Allah , selagi Allah tak tarik ingatan aku kat dia. Dia akan selalu ada dalam hati dan minda aku.. Susah nak lupakan orang yang kita sayang. Susah nak lupakan orang yang selalu buat kita happy. Susah bagi aku sebab AKU SAYANG DIA .. :) 
And now, nak tau kenapa aku rasa soo THANKFUL? Aku bagi tau yee.. Aku rasa sangat la bersyukur sebab aku ada orang macam dia. Thanks to Allah sebab hantar kat aku orang yang macam dia. Dia selalu buat aku rasa sangat dihargai. Bila aku dengan dia aku rasa memang aku wujud kat atas muka bumi ni. His soo understanding. Dia sentiasa cuba untuk faham aku. Dia selalu ada time aku sedih or happy. Dia tak pernah lari bila aku ada masalah. Selagi dia mampu untuk tolong aku selesaikan masalah tu, dia akan tolong. Dia selalu ambik berat pasal aku. Aku suka sangat bila aku sakit or tak sehat, aku tak nak makan ubat, dia akan bukak mulut berceramah kat aku.. Aku suka sebab aku nampak yang dia care pasal aku. Aku nampak yang dia risaukan aku. Aku nampak yang dia nak aku sehat. :) Alhamdulillah.. At least Allah hantar someone untuk jaga aku. Thanks to Allah ,, and thanks to you sebab selalu buat saya rasa dihargai.. I hope yang dia akan selalu ada dengan aku from now till for the rest of my life.. 
Urmm ,, kayy laa korang ... Sampai sini je dulu kott.. Next time aku story lagi. Haha.. Sorry laa ,, semenjak dua menjak nie belah-belah feeling sikit. Sebab jauhh.. hehe..
 
 

Tuesday 7 May 2013

AKU SUKA DIA ~

Assalamualaikum .. :) Ollaa .. !! 
 Hyee you allss ,,, tengah buat apa tu ? Busy tak ? hehe .. kalau busy sekalipun , kena jugak baca entry aku ni sampai habis. (**ini arahan , bukan permintaan) hahah..kejamnye laa tuan tanah nie. Sekali sekala ,apa salahnya.. :) .. Eh , korang smua mesti tengah cuti-cuti , rehat-rehat, baring-baring, guling-guling, tonggeng-tonggeng, sebab esok semua dah mula tugas masing-masing kan. Hahaha.. So, manfaatkan laa hari nie sebaik mungkin yee all my yayangs.. 
Korang ,, actually , aku nak cerita pasal someone kat korang. Hehe.. So, this entry not about Hana, but about me. Tukar angin sikit petang-petang hari macam ni.. Okaayy ,, orang yang aku nak cerita ni mestila ada kaitan dengan hidup aku. Tu yang penting,, and yang penting , dia ni antara orang yang penting dalam hidup aku. Haa,, nampak tak betapa banyak penting. Haha.. Saja nak bagitau yang dia ni penting je sebenarnya. Hehe..
Alright, his name is "Ali bin Abu" ..haha..! Tipu jee,, aku tak bole nak bagitau nama dia sekarang. But one day , korang akan tahu jugak siapa orangnya. Just wait, maybe for a month or I don't know until when. Just wait and see yee.. hehe. Aku bagi klu ye, dia nie lelaki. Tu je aku bole bagitau. Aku kenal dia almost 4 month and dah nak masuk 5 bulan dah kot. Macam tu la kurang lebih. Tapi aku rasa macam dah lama gile aku kenal dia. Maybe sebab banyak jugak la pasal dia yang aku tau. The truth is , aku sayang dia sangat. Sayang macam mana tu tak bole nak explain lagi because it's quite difficult and complicated. Hehe.. Tapi aku tak boleh nak letak sayang aku kat dia lebih dari sayang aku pada Allah. Macam tu jugak dengan korang. Boleh kita nak sayang orang , jangan sebab dia kita hilang Allah. (**tetibe jadi ustazah pulak) Bukan apa,, saja nak pesan. Aku ni bukan baik mana pun. Tapi apa yang ada nak jugak sharing. :) .. 
Actually , dia dah berpunya. Means dah ada awek la,, Cop cop cop , tapi korang jangan ingat aku nie nak meruntuhkan rumah tangga orang or nak kacau hubungan orang. Even aku sayang dia , aku takde la sejahat itu. Aku pun perempuan, so kalau aku buat macam tu, aku tau betapa sakitnya hati girlfriend dia. Aku happy tengok dia happy. So, there is no reason aku nak rosakkan hubungan dia okay. Hehe.. Soal hati n perasaan ni kita tak bole nak paksa kan ? Setuju tak ? :) 
Korang , korang nak tau tak,, bagi aku untung sangat sape yang dapat dia. Means untung sangat girlfriend dia sebab dia ni carring, loving, understanding, penyabar, matured, good listener, have a brilliant idea to solve any problem.. Aku tak tau la macam mana orang lain kenal dia, tapi itu yang aku kenal dia. hurmm... :) (**mood happy) hehe... Tapi aku penah dengar orang cakap, "kalau hati dah lekat, tahi kambing pun rasa coklat".. hahaha ! kadang-kadang bole guna jugak laa ayat tuu.. Dah suka semua baikk,, semua maniss,, semua indahh.. Kann ?? :D 
Sebelum aku tutup tirai hari ni , aku nak la jugak pesan.. Ikot suka korang la nak dengar ke tak kan. hehe.. Okay , kalau kita suka or sayang seseorang tu tak semestinya kita perlu memiliki dia. Kita kena ingat kalau kita usaha macam mana sekalipun, if Allah dah tentukan yang dia bukan untuk kita. Maknanya Allah dah tetapkan orang yang lebih baik untuk kita. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Dan bila kita dah ada ikatan dengan seseorang jangan pernah rasa memiliki sebab semua ini hak Allah, kita sebagai hamba hanya diberi pinjaman buat sementara waktu je atas muka bumi nie. And if anything happen jangan pernah salahkan takdir.. Because setiap apa yang jadi ada hikmahnya. Biasa dengarkan ? :) (**tetiba pulak bagi ceramah) hehe.. Lagi satu, kalau kita sayang orang, biarkan dia pergi, biarkan dia buat apa yang dia suka sepuasnya, sebab kalau betul dia memang untuk kita, dia memang jodoh kita, sejauh mana pun dia pergi, setinggi mana pun dia terbang, kat mana pun dia, insya Allah one day kita akan jumpa dengan dia jugak. Kita kena percaya yang Allah dah tetapkan segala yang terbaik buat hambaNya. Just go with the flow, insya Allah semua akan berjalan dengan lancar. :)
Kita ni manusia biasanya ada ego dalam diri masing-masing, tapi jangan pernah ego dengan Allah. Keep praying because Allah is the great listener, Allah sentiasa dengar doa hambaNya, Allah tak pernah tidur. Cepat atau lambat Allah akan perkenankan doa hambaNya. Cuma kita yang tak pernah mintak. Kalau kita rasa kita suka, kita sayang, keep praying to Allah. Kalau dia jodoh kita, Insya Allah Allah akan permudahkan segalanya. But the most important thing is, kita kena IKHLAS... Aku bukan sebaik umat, tapi aku pernah dengar orang cakap "berdakwah la walaupun dengan sepotong ayat" lebih kurang macam tu la. So nak jugak aku share knowledge yang ada dengan korang. But actually , this is what I feel.. :) 
 Thanks for reading all my dear..
 Kayy laa korang ,, see you in the next entry insya Allah .. :)
  

Friday 3 May 2013

Cerita DIA (Si HANA 4) ~~

Assalamualaikum.. :) Ollaa .. ! 
Helloo ,, hyee ,, morning ,, for all my yayangssss ... Terasa lama aku tak meng'update' laman rumah aku yang tak berapa nak indah nie. Haha.. Rindu pulak kat korang , korang rindu aku tak ? rindu aku tak ? Jawabbb cepaattt... hahaha... Aku sebenarnya terasa sangat laa sayu, sedih, touching, semua laa.. Sebab entry kali ni Hana dilanda musim kesedihan dan kemurungan. Kesian Hana.. Tak sampai hati titew nak cerita kat you alls.. Tapi sebab dah promise, aku cerita aa jugak.. Let's begins the story my dear..
Satu petang tu, Hana keluar dengan akak dia. Kebetulan hari tu turn budak perempuan outing. Biasa la,, even duduk kolej, still duduk hostel. So, outing tu normal la.. When she came back from outing, she saw something. Something yang sangat menyakitkan hati. Maybe Tuhan nak tunjuk. Hana nampak Abang Mikail dengan budak perempuan. And Hana kenal sangat la budak perempuan tu sebab satu batch dengan dia. So,,, saddd.. :( .. Such a million sad in her heart. Hurmm 
So, Hana tau laa yang Abang Mikail pujaan hati dia tu rupanya dah ada orang lain. Dia dengar dari mulut orang yang terlibat tu sendiri. Sumpah! sedih , nak marah , sakit hati semua ada. Tapi Hana tau yang dia takde hak apa-apa and dia tak bole nak buat apa-apa kecuali pasrah n redha je dengan takdir yang ditetapkan.. Hana menangis lagiii :(
On that night, lepas Hana tau perkara tu. On the sport dia tanya sendiri Abang Mikail. Because she wants to know the truth. Walaupun dia tau apa yang dia dengar tu memang betul, tapi dia masih ada sedikit harapan dalam hati kecil dia supaya Abang Mikail menafikan perkara tersebut. But, unfortunately, apa yang jadi tak macam yang dia harapkan. Abang Mikail mengaku dan memang ternyata dia dah dengan orang lain. Hana tak boleh tipu diri dia sendiri , dia tak boleh nak tipu orang lain jugak yang hati dia memang sangat sakit. Sakit yang teramat sangat sampai tak terluah dek perkataan. Hana knows she must be strong, but she's know that she is not. Susahnya laa... Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNya. Itu yang Hana pegang bila benda macam ni jadi. It's not easy, but if we just go with the flow. Insya Allah everything will gonna be okay. Kesian sangat kat Hana.. 
Maybe Abang Mikail rasa bersalah dengan Hana, so dia asyik minta maaf je. Even Hana cakap yang dia okay and takde apa-apa, tapi Abang Mikail still rasa bersalah. Dia takde niat nak sakitkan hati Hana. Hana tau yang kat sini takde salah siapa-siapa. Tapi Allah dah bagi jalan hidup dia macam tu and Abang Mikail bukan ditakdirkan untuk dia. Dia cuba untuk terima, dia cuba untuk kuat dan dia cuba untuk tak menangis. Susah , tapi dia tahu kalau ada usaha , dia boleh buat. 
Hana , she's such a strong girl. She's the one that I know yang sangat kuat bila dia mampu untuk lihat orang yang dia sayang dengan orang lain depan mata dia, tiap-tiap hari. Korang boleh ? 1 dalam 10 pun belum tentu ada kot. haha.. She always said " I'm happy as long as his happy".. Kadang-kadang Hana ni bole jadi orang yang sangat kuat and kadang-kadang jugak dia boleh jadi orang yang sangat lemah. Confuse jugak aku dengan dia nie.. Haha.. Anyway ,, she's the best.. ! :)
 Okayy laa korang ,, cerita kali ni sampai sini je dulu. Sebab for the next entry about this story , maybe jalan ceritanya agak happy sikit , sakit hati sikit, semua laa ada.. haha.. Wait for the next entry Insya Allah.. :) 
#this month aku agak busy so terpaksa curi masa untuk update blog.. :)#