Wednesday 22 May 2013

FOR KYFM'S STUDENTS ~~

Assalamualaikum.. :) Ollaa.. !! 
 Hurmm,, enrty kali nie memang khas untuk semua student Kolej Yayasan Felda Mempaga (KYFM).Yelaa,, sempena hari last aku ni, ada laa sikit kata-kata terakhir Nurul untuk korang semua.. terakhir laa sangat akn .. ?hehe.. Okayy,, bagi yang dah bosan dengar Nurul berkata-kata, hari ni Nurul tak suruh korang dengar, tapi mintak korang baca yee.. hehehe.. :) Before that, sebab kat KYFM majoritinya panggil Nurul nie Nurul, so Nurul guna nama Nurul laa yer. Bukan ape, sebab ada yang panggil nurul iqah. Jangan confuse okayy.. 
First of all, macam biasa laa. Nurul nak mintak maaf banyak banyak banyak kat semua orang yang ada kat kolej ni. Nurul tau nurul tak perfect, so banyak la salah and silap yang nurul buat. Nurul tau tuu.. That's why nurul nak mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Kot laa nurul ada terkasar bahasa, tersakitkan hati, terpukul, tersepak, tercubit, tergurau lebih-lebih, terambil barang, termakan makanan, terguna duit, termintak belanja, terhutang, termarah, segala jenis 'TER' laa yang nurul pernah buat.. Nurul harap sangat korang halal kan and maafkan nurul. Mintak sangat sangat.. Mana laa tau kalau umurtak panjang dah tak jumpa. Bila pulak nurul nak bayar semua2 tuu.. :) Sorry again...
Untuk budak-budak Kulinari Level 1, korang jaga diri elok-elok tau. Nurul doakan korang sentiasa be the best dalam apa pun yang korang buat. Jangan pernah rasa terlalu rendah diri dengan orang lain. Kita kat sini semua sama. Kalau kita rasa kita hebat, ingat ada yang lebih hebat dari kita. Jadi diri korang, jaga friendship yang kita dah bina selama ni. Jangan sebab benda kecik korang semua berpecah. Kalau ada ape2 masalah bincang elok-elok,jangan nak tinggi suara or begaduh. Jujur cakap Nurul tak suka okayy.. Try untuk jadi more independent. Sampai bila kita nak bergantung harap pada orang kan? one day, kita akan sendiri jugak. Masa tu baru la kita tau betapa susahnya nak hidup berdikari nie. Terima kasih jugak kat korang sebab dah ceriakan hari-hari nurul kat kolej nie. Korang kawan-kawan yang paling best. Thanks a lot sudi jadi kawan nurul.. Nurul SAYANG KORANG SANGATTTT !!!!!! 
Untuk senior and super senior, tak kira laki or perempuan.Terima kasih sebab selalu ingatkan junior and ingatkan nurul jugak kalau kitorang buat salah, selalu nasihatkan kitorang. Nurul nak mintak maaf kalau nurul tak sempat nak tegur semua senior and super. Tapi Insya Allah nurul akan ingat korang.. Nurul akan paling ingat minggu orientasi tuu, memang penat,tapi best sangat. Tu laa kenangan indah nurul kat KYFM nie.. Pastu terima kasih jugak sebab tolong nurul masa nurul tak sehat time orientasi tu, jaga nurul time histeria, nurul nak sebut ramai sangat. So, terima kasih banyak banyak banyak kat semua.. :)
Special for my beloved brother and sis.. Terima kasih banyak banyak banyak sebab dah jaga adik selama nie, ambik berat pasal adik, jadi tempat adik luahkan masalah, tolong adik selesaikan masalah, ceriakan hari-hari adik time adik sedih. Terima kasih sangat sebab tak pernah tinggal adik time adik susah, and selalu dengan adik time adik senang. Korang selalu nasihatkan adik kalau adik buat salah. Selalu tolong adik buat keputusan yang betul. Tak tau nak cakap terima kasih macam mana kat abang and akak sebab korang banyak sangat tolong adik selama nie. Adik mintak halal dunia akhirat kalau adik ada guna duit korang. Mintak halal jugak mana yang abang and akak dah belanja adik, beli barang or ape2 laa..Yangpaling penting TERIMA KASIH BANYAK BANYAK BANYAK SANGAT sebab sudi jadi akak and abang adik. Sebenarnya tak terluah dek perkataan perasaan terima kasih nie. :) Adik sayang korang sangat sangat sangat... !! korang brother and sis yang paling best adik ada. hope korang tak lupa adik.. (NURUL SYAMIMI BINTI ZAMRI) AND (MUHAMMAD MUSTAQIM BIN MISNAN)
On 23 May 2013 , saya NURUL AFIQAH BINTI ZAMRI dengan rasminya saya menamatkan pelajaran di KYFM bagi sesi Jan-Jun 2013.. Insya Allah,, ada rezeki jumpa lagi kat luar.. 



  

Tuesday 14 May 2013

UNTUK AWAK ~~

Assalamualaikum.. :) Ollaa.. !! 
Hyee all my yayangs ... Ape cerita korang ? Mesti semua happy happy kan ? Aku harap korang semua enjoy dengan hidup korang.. Sebab setiap peristiwa yang korang alami, tu sebenarnya kenangan terindah. Sepahit mana pun perisitiwa tu, satu hari bila korang kenang semula mesti korang akan tersenyum semula.. :) 
Macam aku jugak.. Banyak benda yang dah jadi kat aku, banyak benda yang menyakitkan aku pernah dapat, banyak benda yang aku tak pernah jangka jadi kat aku at last jadi jugak, banyak sangat benda yang jadi. Aku baru 18 tahun, tapi aku rasa banyak sangat perkara yang jadi and buat aku untuk fikir lebih matang dalam hidup nie. Hurmm,, tak tau la dah kenapa emo sangat nie.. haha.. okay okay.. Relax..
For someone yang sentiasa dalam hati aku:-
"Awak,, awak nak tau tak? Selama saya kenal awak, saya tak pernah lupa pasal awak. Saya ingat semua pasal kita.. Sikit pun saya tak pernah lupa. Walaupun bagi awak semua tu remeh, tapi saya tetap ingat... Sebab bagi saya tu semua kenangan kita and kita takkan dapat kenangan yang sama lagi." 
"Awak, kita baru je kenal. Tak sampai setahun pun lagi. Tapi saya rasa macam dah lama sangat kenal awak.. Saya sedih sangat sebenarnya.. Saya pun tak tahu kenapa. Maybe lepas ni saya dah tak jumpa awak kot. Kalau jumpa pun maybe lambat lagi. Saya nak jumpa awak untuk kali terakhir sebelum saya tinggal awak pun belum tentu lagi dapat. Tapi takpe awak saya faham. Awak bukan sengaja nak buat macam tu. Awak ada sebab and alasan awak sendiri. Pedih hati saya ni. Berat sangat hati saya nak tinggal awak. Tapi saya terpaksa.. Saya perlu buat untuk teruskan hidup ni." 
"Pertemuan yang saya tak pernah mintak and perpisahan yang saya tak pernah duga. Kalau saya tau ni yang akan jadi. Saya rela tak kenal awak, tak sayang awak, dari saya sakit hati and sedih bila terpaksa berpisah dengan awak. Nanti bila saya dah takde depan mata awak, awak jaga diri elok-elok. Jaga hati orang yang sayang awak tu elok-elok. Saya tau awak pun sayang dia kan ? Awak jaga dia, kalau awak ada masalah dengan dia, bincang. Tak mau gadoh-gadoh. Saya tak nak dia rasa apa yang saya pernah rasa. Cukup lah saya je. Lagipun saya tak suka tengok awak stress. Even awak tak pernah tunjuk depan saya. Tapi saya tau awak ada masalah.. Kalau awak takde tempat mengadu, ingat ALLAH sentiasa ada untuk hamba Nya. :) " 
"Saya tak bole tipu yang saya kadang-kadang cemburu tengok awak dengan dia, tapi saya happy sebab saya tau awak happy. Saya rela sakit asal awak bahagia. Lepas nie, awak tak payah risau tau. Sebab saya dah takde nak ganggu awak, nak kacau awak dengan dia. Awak dah tak payah nak fikir perasaan saya masa tu. Jaga hati dia elok-elok. Dia lagi perlukan awak.. And awak pun perlukan dia kan ? Tapi awak nak tau tak,, semua benda yang jadi depan mata saya ni la yang akan buat saya lagi ingat awak. Itu lah kenangan kita yang sebenarnya. Kita tak banyak kenangan bersama, tapi kenangan yang ada tu akan saya jaga, saya ingat selagi Allah tak tarik semua tu dari saya."
"Saya harap awak tak lupa saya walaupun saya dah takde depan mata awak nanti. Tapi kalau awak nak lupakan saya jugak, awak tunggu sampai saya dah takde atas muka bumi ni. Masa tu mungkin badan saya dah dimakan cacing kat dalam tanah. Masa tu memang saya mintak awak lupakan saya sampai bila-bila. :) .."
Korang nak tau tak , aku ni sebenarnya akan jadi sangat bodoh bila hadap benda yang berkait dengan hati and perasaan nie.. Aku bodoh sangat sebab berharap benda yang tak mungkin jadi. "Berharap pada manusia selalu dikecewakan, tapi berharap pada Allah, insya Allah akan dipenuhi. Cuma cepat atau lembat je" 
 
 
 
 

Thursday 9 May 2013

FEEL WHAT I FEEL ~

Assalamualaikum... :) Ollaa !
Jumpa lagi kitaa.. hehe.. Korang ,, nak tanya apa yang korang rasa sekarang ? Happy ? Sad ? Suspicious ? Nervous ? Upset ? Rindu ? .. Mesti macam-macam ada kan ? Aku sekarang semua ada.. Tapi yang paling jelas and nyata, aku paling rasa sekarang RINDU HAPPY and THANKFUL TO ALLAH.. Apa pun yang kita rasa mesti ada sebab sebenarnya. Takkan saje-saje je kan. Haha.. 
Okay ,, aku RINDU sebab lambat lagi aku nak jumpa dia. Dan aku tau lepas nie aku akan lebih rindu dia sebab aku mungkin tak jumpa dia dah. Aku pun tak tau lagi macam mana in the future. Tapi kalau mengikut jalan ceritanya macam tu la lebih kurang. Susahnya laa nak jumpa. Selalunya aku hanya akan lihat dia dari jauh. When he smile, I smile too... :) (**smile) It's more than enough to make me happy. Aku rindu nak tengok dia senyum. Aku rindu nak borak-borak dengan dia. Aku rindu nak kacau dia. Aku rindu nak dengar dia tegur aku. Aku rindu nak tegur dia. Aku rindu semua pasal dia..... Susah jugak kan bila rasa macam ni ? 
Nak tau tak kenapa aku happy ? haha.. Aku HAPPY sebab semalam aku dapat hadiah .... !! Excited sangat ... ! Cute sangat hadiah tuu... Dia cakap kat aku hadiah tu tak la mahal mana, tapi hope bila tengok hadiah tu aku takkan lupa dia. Untuk pengetahuan dia, tak kesah la hadiah tu mahal or tak , tak kesah la hadiah tu cantik or tak, kalau dia ikhlas aku terima dengan ikhlas jugak.. And kalau dia tak bagi hadiah tu pun aku tetap akan ingat dia sampai bila-bila.. Insya Allah , selagi Allah tak tarik ingatan aku kat dia. Dia akan selalu ada dalam hati dan minda aku.. Susah nak lupakan orang yang kita sayang. Susah nak lupakan orang yang selalu buat kita happy. Susah bagi aku sebab AKU SAYANG DIA .. :) 
And now, nak tau kenapa aku rasa soo THANKFUL? Aku bagi tau yee.. Aku rasa sangat la bersyukur sebab aku ada orang macam dia. Thanks to Allah sebab hantar kat aku orang yang macam dia. Dia selalu buat aku rasa sangat dihargai. Bila aku dengan dia aku rasa memang aku wujud kat atas muka bumi ni. His soo understanding. Dia sentiasa cuba untuk faham aku. Dia selalu ada time aku sedih or happy. Dia tak pernah lari bila aku ada masalah. Selagi dia mampu untuk tolong aku selesaikan masalah tu, dia akan tolong. Dia selalu ambik berat pasal aku. Aku suka sangat bila aku sakit or tak sehat, aku tak nak makan ubat, dia akan bukak mulut berceramah kat aku.. Aku suka sebab aku nampak yang dia care pasal aku. Aku nampak yang dia risaukan aku. Aku nampak yang dia nak aku sehat. :) Alhamdulillah.. At least Allah hantar someone untuk jaga aku. Thanks to Allah ,, and thanks to you sebab selalu buat saya rasa dihargai.. I hope yang dia akan selalu ada dengan aku from now till for the rest of my life.. 
Urmm ,, kayy laa korang ... Sampai sini je dulu kott.. Next time aku story lagi. Haha.. Sorry laa ,, semenjak dua menjak nie belah-belah feeling sikit. Sebab jauhh.. hehe..
 
 

Tuesday 7 May 2013

AKU SUKA DIA ~

Assalamualaikum .. :) Ollaa .. !! 
 Hyee you allss ,,, tengah buat apa tu ? Busy tak ? hehe .. kalau busy sekalipun , kena jugak baca entry aku ni sampai habis. (**ini arahan , bukan permintaan) hahah..kejamnye laa tuan tanah nie. Sekali sekala ,apa salahnya.. :) .. Eh , korang smua mesti tengah cuti-cuti , rehat-rehat, baring-baring, guling-guling, tonggeng-tonggeng, sebab esok semua dah mula tugas masing-masing kan. Hahaha.. So, manfaatkan laa hari nie sebaik mungkin yee all my yayangs.. 
Korang ,, actually , aku nak cerita pasal someone kat korang. Hehe.. So, this entry not about Hana, but about me. Tukar angin sikit petang-petang hari macam ni.. Okaayy ,, orang yang aku nak cerita ni mestila ada kaitan dengan hidup aku. Tu yang penting,, and yang penting , dia ni antara orang yang penting dalam hidup aku. Haa,, nampak tak betapa banyak penting. Haha.. Saja nak bagitau yang dia ni penting je sebenarnya. Hehe..
Alright, his name is "Ali bin Abu" ..haha..! Tipu jee,, aku tak bole nak bagitau nama dia sekarang. But one day , korang akan tahu jugak siapa orangnya. Just wait, maybe for a month or I don't know until when. Just wait and see yee.. hehe. Aku bagi klu ye, dia nie lelaki. Tu je aku bole bagitau. Aku kenal dia almost 4 month and dah nak masuk 5 bulan dah kot. Macam tu la kurang lebih. Tapi aku rasa macam dah lama gile aku kenal dia. Maybe sebab banyak jugak la pasal dia yang aku tau. The truth is , aku sayang dia sangat. Sayang macam mana tu tak bole nak explain lagi because it's quite difficult and complicated. Hehe.. Tapi aku tak boleh nak letak sayang aku kat dia lebih dari sayang aku pada Allah. Macam tu jugak dengan korang. Boleh kita nak sayang orang , jangan sebab dia kita hilang Allah. (**tetibe jadi ustazah pulak) Bukan apa,, saja nak pesan. Aku ni bukan baik mana pun. Tapi apa yang ada nak jugak sharing. :) .. 
Actually , dia dah berpunya. Means dah ada awek la,, Cop cop cop , tapi korang jangan ingat aku nie nak meruntuhkan rumah tangga orang or nak kacau hubungan orang. Even aku sayang dia , aku takde la sejahat itu. Aku pun perempuan, so kalau aku buat macam tu, aku tau betapa sakitnya hati girlfriend dia. Aku happy tengok dia happy. So, there is no reason aku nak rosakkan hubungan dia okay. Hehe.. Soal hati n perasaan ni kita tak bole nak paksa kan ? Setuju tak ? :) 
Korang , korang nak tau tak,, bagi aku untung sangat sape yang dapat dia. Means untung sangat girlfriend dia sebab dia ni carring, loving, understanding, penyabar, matured, good listener, have a brilliant idea to solve any problem.. Aku tak tau la macam mana orang lain kenal dia, tapi itu yang aku kenal dia. hurmm... :) (**mood happy) hehe... Tapi aku penah dengar orang cakap, "kalau hati dah lekat, tahi kambing pun rasa coklat".. hahaha ! kadang-kadang bole guna jugak laa ayat tuu.. Dah suka semua baikk,, semua maniss,, semua indahh.. Kann ?? :D 
Sebelum aku tutup tirai hari ni , aku nak la jugak pesan.. Ikot suka korang la nak dengar ke tak kan. hehe.. Okay , kalau kita suka or sayang seseorang tu tak semestinya kita perlu memiliki dia. Kita kena ingat kalau kita usaha macam mana sekalipun, if Allah dah tentukan yang dia bukan untuk kita. Maknanya Allah dah tetapkan orang yang lebih baik untuk kita. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Dan bila kita dah ada ikatan dengan seseorang jangan pernah rasa memiliki sebab semua ini hak Allah, kita sebagai hamba hanya diberi pinjaman buat sementara waktu je atas muka bumi nie. And if anything happen jangan pernah salahkan takdir.. Because setiap apa yang jadi ada hikmahnya. Biasa dengarkan ? :) (**tetiba pulak bagi ceramah) hehe.. Lagi satu, kalau kita sayang orang, biarkan dia pergi, biarkan dia buat apa yang dia suka sepuasnya, sebab kalau betul dia memang untuk kita, dia memang jodoh kita, sejauh mana pun dia pergi, setinggi mana pun dia terbang, kat mana pun dia, insya Allah one day kita akan jumpa dengan dia jugak. Kita kena percaya yang Allah dah tetapkan segala yang terbaik buat hambaNya. Just go with the flow, insya Allah semua akan berjalan dengan lancar. :)
Kita ni manusia biasanya ada ego dalam diri masing-masing, tapi jangan pernah ego dengan Allah. Keep praying because Allah is the great listener, Allah sentiasa dengar doa hambaNya, Allah tak pernah tidur. Cepat atau lambat Allah akan perkenankan doa hambaNya. Cuma kita yang tak pernah mintak. Kalau kita rasa kita suka, kita sayang, keep praying to Allah. Kalau dia jodoh kita, Insya Allah Allah akan permudahkan segalanya. But the most important thing is, kita kena IKHLAS... Aku bukan sebaik umat, tapi aku pernah dengar orang cakap "berdakwah la walaupun dengan sepotong ayat" lebih kurang macam tu la. So nak jugak aku share knowledge yang ada dengan korang. But actually , this is what I feel.. :) 
 Thanks for reading all my dear..
 Kayy laa korang ,, see you in the next entry insya Allah .. :)
  

Friday 3 May 2013

Cerita DIA (Si HANA 4) ~~

Assalamualaikum.. :) Ollaa .. ! 
Helloo ,, hyee ,, morning ,, for all my yayangssss ... Terasa lama aku tak meng'update' laman rumah aku yang tak berapa nak indah nie. Haha.. Rindu pulak kat korang , korang rindu aku tak ? rindu aku tak ? Jawabbb cepaattt... hahaha... Aku sebenarnya terasa sangat laa sayu, sedih, touching, semua laa.. Sebab entry kali ni Hana dilanda musim kesedihan dan kemurungan. Kesian Hana.. Tak sampai hati titew nak cerita kat you alls.. Tapi sebab dah promise, aku cerita aa jugak.. Let's begins the story my dear..
Satu petang tu, Hana keluar dengan akak dia. Kebetulan hari tu turn budak perempuan outing. Biasa la,, even duduk kolej, still duduk hostel. So, outing tu normal la.. When she came back from outing, she saw something. Something yang sangat menyakitkan hati. Maybe Tuhan nak tunjuk. Hana nampak Abang Mikail dengan budak perempuan. And Hana kenal sangat la budak perempuan tu sebab satu batch dengan dia. So,,, saddd.. :( .. Such a million sad in her heart. Hurmm 
So, Hana tau laa yang Abang Mikail pujaan hati dia tu rupanya dah ada orang lain. Dia dengar dari mulut orang yang terlibat tu sendiri. Sumpah! sedih , nak marah , sakit hati semua ada. Tapi Hana tau yang dia takde hak apa-apa and dia tak bole nak buat apa-apa kecuali pasrah n redha je dengan takdir yang ditetapkan.. Hana menangis lagiii :(
On that night, lepas Hana tau perkara tu. On the sport dia tanya sendiri Abang Mikail. Because she wants to know the truth. Walaupun dia tau apa yang dia dengar tu memang betul, tapi dia masih ada sedikit harapan dalam hati kecil dia supaya Abang Mikail menafikan perkara tersebut. But, unfortunately, apa yang jadi tak macam yang dia harapkan. Abang Mikail mengaku dan memang ternyata dia dah dengan orang lain. Hana tak boleh tipu diri dia sendiri , dia tak boleh nak tipu orang lain jugak yang hati dia memang sangat sakit. Sakit yang teramat sangat sampai tak terluah dek perkataan. Hana knows she must be strong, but she's know that she is not. Susahnya laa... Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNya. Itu yang Hana pegang bila benda macam ni jadi. It's not easy, but if we just go with the flow. Insya Allah everything will gonna be okay. Kesian sangat kat Hana.. 
Maybe Abang Mikail rasa bersalah dengan Hana, so dia asyik minta maaf je. Even Hana cakap yang dia okay and takde apa-apa, tapi Abang Mikail still rasa bersalah. Dia takde niat nak sakitkan hati Hana. Hana tau yang kat sini takde salah siapa-siapa. Tapi Allah dah bagi jalan hidup dia macam tu and Abang Mikail bukan ditakdirkan untuk dia. Dia cuba untuk terima, dia cuba untuk kuat dan dia cuba untuk tak menangis. Susah , tapi dia tahu kalau ada usaha , dia boleh buat. 
Hana , she's such a strong girl. She's the one that I know yang sangat kuat bila dia mampu untuk lihat orang yang dia sayang dengan orang lain depan mata dia, tiap-tiap hari. Korang boleh ? 1 dalam 10 pun belum tentu ada kot. haha.. She always said " I'm happy as long as his happy".. Kadang-kadang Hana ni bole jadi orang yang sangat kuat and kadang-kadang jugak dia boleh jadi orang yang sangat lemah. Confuse jugak aku dengan dia nie.. Haha.. Anyway ,, she's the best.. ! :)
 Okayy laa korang ,, cerita kali ni sampai sini je dulu. Sebab for the next entry about this story , maybe jalan ceritanya agak happy sikit , sakit hati sikit, semua laa ada.. haha.. Wait for the next entry Insya Allah.. :) 
#this month aku agak busy so terpaksa curi masa untuk update blog.. :)#
 
 
 
 

Sunday 21 April 2013

Cerita DIA (si HANA 3) ~~

Assalamualaikum.. :) Olla.. ! 
Hehe ,, korang..jumpa lagi kita. Aku dilanda kebosanan dan kebuntuan yang teramat sangat pada tengah hari yang sangat la double triple indahnya. Sambil lepak-lepak dengan kengkawan aku yang dah macam tak centre masing-masing nie. Aku terasa pulak nak update the next entry pasal cerita HANA niee.. Korang tak nak tau pun aku nak update jugak.. Haha.. (**gelak jahat) .. Haa ,, semalam aku cakap for the next day nie  hari bahagia Hana kan?? nak tau tak kenapa ?
Korang tak nak tau pun , aku nak bagi tau jugak.. Nie semua mesti laa sebab Abang Mikail pujaan hati si Hana.. (**so sweettt) haha.. The next day ni sebenarnya hari Isnin. Hari pertama semua budak junior masuk kelas. And hari ni jugak ramai senior-senior yang datang daftar untuk semester baru. Tapi Hana sedih sebab Hana tak nampak pun Abang Mikail.. Hana ni fikir punya fikir punya fikir punya fikir,, dia nekad jugak nak buat apa yang dia nak buat selama ni. Mesti tertanya-tanya kan Hana nak buat apa ? Hana ni sebenarnya nak text Abang Mikail. Tu jee..hahaha... 
Si Hana mengumpul segala kekuatan mental dan fizikal, ketabahan hati untuk tekan button 'sent'. haha.. Dia pun tekan jugak akhirnyaaa.. Then , si Hana ni tenung laa phone dia sampai nak tembus skrin sebab menunggu kot kot la Abang Mikail tu reply dia punya text. Suddenly , a few minutes later.. She's phone vibrate.. OhhMakkDatukkkk !!!!! Excitednyee Hana .... You know what ??!! Abang Mikail reply text diaaaaaaa!!!! She's felt like wanna tell it to whole over the worldddd ... ! tapi apakan daya , dia hanya mampu menjerit bahagia dalam hati je. (**she's blushing) .. Terharuu sangat Hana nie.. Actually , Hana just tanya yang Abang Mikail tu continue study kat kolej tu or tak je. Then, Abang Mikail tu cakap dia continue for the next sem nie , just lambat sikit register. Lega hati si Hana memang tak terkira la kan.. Hana tanya tu bukan apa, sebab time tu ramai jugak la senior-senior yang tak sambung dah study kat kolej tuu.. Hana ni , bila dah jatuh hati memang macam tu. Semua dia nak kena tahu. Dia akan selidik , cari sampai laa ke lubang cacing. Kalau cacing tu takde lubang pun , dia akan galikan lubang untuk cacing tu masuk. hahaha.. Punya laa dasyat.. !
Since from that day , Hana dengan Abang Mikail boleh dikatakan hari hari hari texting. Dari pagi sampai laa malam. (**bahagia sangat).. Banyak story diorang sharing. Hari-hari si Hana ni bahagia sangat sebab dia tahu yang Abang Mikail ni sentiasa ada untuk dia. Apa pun jadi , Abang Mikail tetap ada dengan dia.. (**senyum sokmo) .. hehee~ Tiap-tiap hari , ada je cerita diorang, tiap-tiap masa even dalam kelas pun diorang still akan texting. Sometime, aku terpikir jugak. Apa la yang diorang borakkan tak penah habis tuu.. Macam tu la bila orang bahagia. Banyak cerita timbul, ada je idea nak borak. Hahaha.. Tapi , diorang contact takde orang tau. Yang tau just kawan-kawan Hana nie je. Tu pun diorang tau lambat la jugakk.. But Hana still bagitau jugak laa..
Hurmm ,, tapi kesian Hana.. Kebahagiaan tu tak kekal lama. Biasa laa ,, manusia ni mudah lupa. Bila bahagia, memang tak ingat dunia kadang-kadang. Something was happen and telah mencoret luka di hati Hana yang selama ni di selaputi bunga-bunga indah kebahagiaan.. (**she's crying) :( .. Ingat , bila kita di uji sesuatu daripada Allah, itu maknanya Allah sedang mengingatkan kita dan Allah sedang berbicara dengan hamba Nya..
Nak tau cerita selanjutnya ?? wait and see.. next entry i will continue again this story.. Coming soon "Cerita DIA (si Hana 4)" .. hahaha.. kemain lagi aku nie. Dah macam drama bersiri pulak. Anyway ,, thanks sudi baca cerita Hana niee... Lovee youu allll .. !!! xoxoD
Before tirai ditutup .. nie untuk korang hari nie :-
 

Saturday 20 April 2013

Cerita DIA (Si HANA 2) ~~

Assalamualaikum..:) Olla.. ! 
Heyy yaa korang .. Mesti korang punye rindu kat aku sampai double triple punya kan ?hahah.. (**perasan sangat) .. okay okay .. Firstly , I want to ask an apologize kat korang sebab lambat continue cerita 'Si Hana' tuu .. hehe.. Sorry sesangat sebab aku memang busy. Banyak keje nak buat. Pasrah akuu .. Okayyy ,, now it's time to continue my story!! hehe 
On Saturday ,, si Hana ni sangat laa happy sebab apa yang dia harap-harapkan dapat jugak akhirnya. Macam pucuk di cita ulam mendatang , macam jugak orang mengantuk di sorong bantal. Perghh ayat ! haha.. Hari tuu , semua 'tentera' junior dikerah pergi ke satu program yang sangat la tak best. Program tu dekat la jugak dengan kolej diorang tu. Senior yang pergi iring time tu , semua senior lelaki , takde sorang pun senior perempuan. Bas yang bawak semua junior tu 2 bas. Satu bas lelaki , satu bas perempuan. Dalam bas perempuan ada 3 orang senior lelaki. Salah sorang dari senior tu mestilaa Abang Mikail. hahaha.. Bebunga-bunga hati si Hana ni. 
Okay, nak dijadikan cerita. Bila dah sampai sana, orang ramai la jugak. Jalan sesak. Disebabkan abang-abang ni risau jadi apa-apa kat junior-junior nie, ada urgent ke, sesat tak jumpa bas ke, 2 orang dari 3 orang abang senior tu pun bagi la nombor dekat junior-junior perempuan nie. And one of the two seniors tu pulak Abang Mikail.. ! Mikail againnnnn .... That's why aku cakap , Hana ni macam pucuk dicita ulam mendatang. Seronok sangat la dia dapat nombor Abang Mikail idaman dia tuu.. :) haha.. (**aku pun tumpang happy) hehe..
Korang nak tau tak , masa kat program tu,si Hana dengan Abang Mikail tu main sedekah sedekah senyuman pulak dah. haha.. Amboiii ,, happynye Hana ni bukan main lagi. Macam dapat duit sejuta tau! tapi peluang yang dia dapat nie pun lagi mahal dari 1 juta tu sebab setiap peluang yang dapat bukan boleh dibeli. :) .. Timing dekat program tu , ada sorang budak junior perempuan pengsan. Budak tu memang tak berapa sihat pun, tapi tak tahu la pulak dia nak pengsan kat situ. Then diorang pun dibenarkan balik awal. Naik bas, Hana dengan kawan dia duduk depan. Nampak laa Abang Mikail dia tu clear sikit. hahaha.. 
After balik dari program tu, diorang diturunkan dekat kedai makan area kolej tu. Dah la lapar, dapat peluang makan tu , diorang oder je la apa yang diorang nak. Suddenly , bila nak bayar Abang Shahir(bukan nama sebenar) kawan kepada Abang Mikail tadi cakap yang dah ada orang bayarkan semua makanan tu. Semua orang terkejut okay ! Tapi semua orang ingat yang kolej tanggung semua tu. Rupa-rupanya abang Shahir n abang Mikail tu yang bayar .. Takde orang pun yang tahu. Just Hana dengan 3 orang lagi kawan dia je yang tahu. Tu pun diorang tau after 3-4 month after program tu. Hana pulak tau dari abang Mikail tu laa..Abang Mikail tu yang bagi tau.. Special kes laa katakan. Lepas makan, Hana, kawan-kawan dia and other junior balik kolej jalan kaki sebab kolej dengan food court tu memang dekat sangat.
Sampai-sampai je hostel , ada abang Mikail kat depan hostel tuu.. Suddenly ,abang Mikail tu tegur Hana!!! Ya Allah ,Ya Rabbi , bukan setakat bebunga je. Kalau boleh dia punya bunga tu boleh buat 3 taman bunga. Punya la banyak bunga. Hahaha... Nampak laa yang Hana nie sangat la happy.. Happy sangat.. Aku dapat bayangkan betapa bahagianya Hana masa tu sebab aku pun pernah rasa. :) Korang pernah ? haha.. 
Hari Ahad pulak, Hana ni dapat rehat secukup-cukupnya.. Lega sangat katanya. Dapat tidur puas-puas.. No rushing, no meeting, no shouting. Tenang hidup buat seketika. haha.. Tapi fikiran dia tak berapa nak tenang sangat sebab mencari-cari Abang Mikail dia yang tak nampak batang hidung sampai ke sudahh.. Rupanya abang Mikail tu balik. Nak tau tak , sepanjang hari tu dia fikir nak text or tak abang Mikail tu. Tapi tak terjawab..hurmm.. 
Okayyy ,,, for the next day hari bahagia Hana.. ! kalau nak tau cerita nanti next entry pulak eayy.. sebab kita sangat laa nantuk.. hehe.. (**tetibe pelat).. Kita tidur dulu ea.. see you agaiinn.. :) xoxoD
Before thattt.... this is for youu
 
 
 
 
 

Tuesday 16 April 2013

Cerita DIA (si HANA) ~~

Assalamualaikum.. :) Olla.. ! 
Hyee korang ,, titew rindu kat korang .. Lama rasa tak menaip , story mory kat you all. hehe.. Korang korang korang , aku kan ada benda nak story kat korang .. Cerita ni kisah benar tau. Nak kata kisah cinta tak jugak, aku pun tak tau nak klasifikasikan cerita ni sebagai cerita apa. Tapi korang baca je la eaa. And aku nak bagi tau jugak yang cerita ni kurang lebih episod la jugak. Kalau aku ada masa , aku akan sambung cerita ni. Boleh kan ? Boleh kan ? Boleh kan ? Mesti bolehh ,, sayang korangggg ... ! heheh ..Okay , okay , let's begin the story all my dear.. :)
Cerita ni bermula di sebuah kolej swasta. Ada la sorang budak perempuan ni nama dia Hana (bukan nama sebenar). Dia ni 'BUDAKBIASA' je.. Walaupun dia study kat kolej swasta , dia tak la kaya pun. Family dia sederhana je. Kisah ni bermula pada hari pertama Hana jejakkan kaki kat kolej tu. Before that , mehh sini aku story sikit latar belakang si Hana ni. Hana ni sekolah kat sekolah biasa je , dia ada 5 orang kawan baik. Nama kawan-kawan dia Jay , Kay , Ann , Nad , Thin (semua bukan nama sebenar) hahaha.. (**gelak jahat). Dia pergi study kat kolej tu dengan 3 orang kawan baik dia iaitu Jay , Kay dan Ann.. 
Cerita bermula apabila Hana ternampak sorang abang senior dia masa hari pendaftaran kat kolej tu. Dia ni susah nak jatuh hati, tapi bila dia dah jatuh hati , orang tak kenal pun dia boleh jatuh hati. Dia sendiri tak tau kenapa dia boleh suka kat abang senior dia tu. Sedangkan masa tu , dia tak kenal pun siapa nama abang senior dia tu. Hurmm.. (pelik aku dengan Hana ni). Lepas pendaftaran , semua student junior dikerah untuk berkumpul kat dataran. Time perjumpaan tu , semua senior perkenalkan diri. Then, Hana tau la yang nama abang yang dia gilakan sangat tu Abang Mikail(bukan nama sebenar). 
 Maka , bermula lah episod kehidupan macam tentera sepanjang minggu orientasi tersebut. But it's okay , as long as ada abang tersebut memang Hana sentiasa bersemangat. Like usual , junior-junior dibahagiakan kepada beberapa kumpulan.Tetiba Hana secara tak sengaja termasuk dalam kumpulan abang tersebut. haha.. Memang la seronok melompat sakan makhluk bernama Hana tu. Dia gunakan sebaik mungkin setiap masa untuk tengok abang tu , untuk usha abang tu. Perghh ... ! kira memang tangkap cintan la si Hana ni. Setiap masa Hana dapat je detect abang Mikail dia tu kat mana. Macam ada instinct pulak kan. haha! (**untung laa).. 
Kalau korang nak tau , Hana banyak penyakit sikit. Suddenly, on Thursday night. Semua junior ada ceramah agama dekat dewan utama kolej. After ceramah, tetibe pulak si Hana ni buat hal. Kaki tangan dia habis kejang tetiba. And suddenly , she's collapse! (ohhmakDatuk) .. Malam tu dia di hantar ke hospital and masuk air. Lama jugak la dia kat hospital malam tu. 
On Friday, she's back to normal but still weak. Dia tak join sangat preparation for last day orientasi tu. Tapi tak la terkilan sangat pun. Sebab persembahan still okay, even dia takde. Penutup tirai orientasi tu berjalan seperti yang dirancang. Maka berakhirlah minggu yang memeritkan. 
Jeng jeng jeng ! On Saturday , si Hana sangat la happy.. Nak tau tak apa jadi ?? nanti I story kat you all okay .. because now I want to sleep. (**gedik pulak aku malam ni) haha.. Next entry aku continue cerita nie. 
Lupa nak pesan , cerita ni bukan nak memerli or apa-apa. Aku, dia and Allah je yang tahu.. hehe (**over you) .. kayy laa korang .. See you again .. xoxoD




 soo sweettt ...... :)





Thursday 11 April 2013

She's AWESOME ~~

Assalamualaikum.. :) Olla.. !
Heyy heyy youu youu .. Apa khabar korang ? Mesti sihat walaafiat semua kan.. Insya Allah :) .. Hari ni aku nak share something dengan korang. Aku dah lama nak share pasal ni tapi tak berkesempatan nak menulis lama-lama. Maklumla , semenjak dua menjak tiga menjak ni kita busy mengalahkan ketua kampung. Tak pasal-pasal ketua kampung jadi mangsa. hahah (**mata ke atas).. Okay okay , back to the story again. Aku nak cerita pasal orang yang aku sayangggggg sangat. Dia la yang selalu dengar problem-molem aku. (**bahasa apa tu) haha.. and yang pasti dia pun sayang aku.. haha 
Berani kerat jari yang korang mesti nak kenal sape dia kan ?
Here we go ... !! Nie insan tersebut :-
Haa,, ni la dia orangnya.. She's name is Nurul Farahain bt Zamri. Eh eh ,, sama pulak nama ayah kami. Haha ,, mesti la sama sebab makhluk kat dalam gambar ni akak titew. hee~~ Mesti korang ingat aku nak cakap pasal pakwe tadi an ? Pakwe tolak tepi , akak aku lagi penting. Kan along kan ? 
Maii sini aku nak story sikit pasal akak aku yang kecik ni. (bukan kecik , pendek sebenarnye) haha .. oppss ,, gurau je.. Okay okay , akak aku nie sekarang dia belajar kat Institut Pendidikan Guru Pengkalan Chepa, Kelantan. Kebetulan dapat kampung sendiri. :) .. Dia ambik option Bahasa Melayu. Actually , dia mintak Mathematic dulu sebab dia suka Math. Tapi disebabkan dia tak ambik AddMath time sekola dulu , org yang dekat ipg tu tukarkan dia ke Bahasa Melayu. Dah rezeki dia kat situ , so dia terima laa. Kira okayy what dari tak dapat langsung. Kan along ? (**macam org tu dengar je) hee~ Dia belajar kat situ 5 tahun setengah. Sekarang baru 2 tahun setengah kot. Aku pun tak sure. hehe.. Tapi yang aku sure memang dia lama lagi la kat situ. Okay , tu bab belajar. 
Ni aku nak masuk bab perangai dia sikit. Dia ni kuat bebel (sakit telinga) , cerewet (semua tak kena), gila-gila sikit (sikit-sikit cukup), kuat gelak (kalau gelak susah nak stop), cepat marah (no comment), telajak pengemas (tak bole tengok tempat sepah).. haa,, tu perangai dia kat rumah yang aku dapat detect. hehe.. But , disebalik perangai dia tu sebenarnya banyak yang baiknya, bila dia kuat bebel takdela rumah senyap, bila dia cerewet semua nampak cantik, bila dia gila-gila ofcoz aku pun join the club, bila dia cepat marah takde la adik-adik aku bising kat rumah, and bila dia telajak lajak pengemas maka kemas la setiap ruang pelusuk bumi kat rumah aku tu. hahahaha. Nampak tak kebaikan yang sebenarnya ? hee.. so, takde sebab aku nak sakit hati dengan akak aku.
Cik Nurul Farahain ni jugak baik hati. Dia tak kedekut dengan adik-adik kalau compare dengan aku. (**ngee).. Kakak yang carring , yang faham adik dia yang cute nie (**cute la sangat) , sentiasa menjadi pendengar terbaik bagi aku, penyimpan rahsia yang paling dipercayai, penyumbang idea yang sangat terbaik dari ladang, penyelesai masalah yang paling best. haa,, pokoknya , dia memang TERBAIK laaaa.....!!!!!! hehehe..   
 Kalau aku nak cerita pasal dia je , 3 entry pun tak habis lagi ... So, cukup la sampai sini je dulu .. Aku just nak bagi tau yang AKU ADA KAKAK YANG SANGAT AWESOME ! Korang hado ? haha.. Tapi kakak-kakak korang pun mesti la awesome jugak bg korang kan ? :) 
Before aku menutup tirai pada hari ni , ni lagi gambar aku and akak ku :-


Okayy korangg .. See you again. Hope enjoy with my entry .. :) xoxoD 

Sunday 7 April 2013

HARI NI ~~

Assalamualaikum.. :) Ollaa.. ! 
Tengah buat apa tu ? Mesti laa tengah intai-intai laman rumah aku kan .. hehe .. Tau korang rindu aku ,, haha ! (**tetibe je) Urm ,, korang sihat ? Hopefully korang semua sihat , bukan luaran je , tapi dalaman pun sihat.. hurmm.. Aku masih dalam mood sedih, tapi sebab korang i'm always try to be happy. :) 
Sekarang ni aku dalam kelas, dilanda kebosanan, tengah menanti kehadiran tutor kami yang cute lagi menawan nak bagi resepi. Esok masuk kitchen. (**penatnye) huh.. Disebabkan kebosanan yang teramat aku pun bukak lappy, da bukak gatal pulak tangan nak menaip. Maka wujud lah entry aku yg berikutnya ni. haha..
Aku tengah perhatikan sorang sorang kawan-kawan aku nie. Semua dok buat hal masing-masing. Hahaha.. Lawak la , ada yang tekangkang, duduk atas lantai, layan FB, layan lagu, layan perasaan. Haa... nampak tak ? semua nak melayan bila masuk belah petang. Hahaha.. Hakikat yang sebenar semua mengantuk. Maklum lah petang-petang macam nie. Tapi sebab dah peraturan , kena la datang kelas. hee~
Haa,, tadi aku borak dengan kawan aku, dia pesan kat aku jangan sedih-sedih. Aku tak sedih pun tadi , tapi bila dia cakap macam tu aku teringat la pulak. Tu yang sedih.. hehe~ Maklum la ,, baru lagi kan. :) .. Dengar pulak kawan aku yang dok ulang suara lagu Fauziah Latiff-Setiaku Korbankan. Makin la layan perasaan. Haha.. 
Bila aku kaji kawan-kawan aku ni, ada masa diorang sangat la memahami and sangat la carring pasal perasaan kawan diorang nie. hehe.. Tapi , apa pun diorang, diorang tetap kawan aku. AKU SAYANG KORANG !!! haha :D (**gelak tanpa henti)
Korang-korang , nak tau tak aku baru teringat, dulu sebelum break , aku ada nak post pasal Mr.Right aku. Tapi tak sempat pun nak post dah break. Cam mana ? hahaha... Kesian betul laa kat diri sendiri.. Ish ish ish ..  Apa la nasib .. hehe .. 
Kayy laa korang , battery lappy dah nazak. Next time aku cerita lagi ea.. Daa,, love youu all.. haha.. xoxoD 
 
 
 
 

SO SADDD ~~~

Assalamualaikumm :) Ollaa ,, !
Hye korang ,, sihat ke ? Happy tak hari ni ? Tak kira happy or tak , korang tetap kena happykan diri jugak sebab korang dah lalu kat check point aku nie. hehe.. Aku ni bukan ada apa sangat yang nak ditulis , tapi terngiang ngiang pulak lappy ni panggil aku suruh menulis. So, aku terpaksa la cari idea nak tulis apa.. 
And now , aku rasa aku nak cerita pasal aku laa ..
Aku sudah memegang status 'janda' (bukan janda sebenar) haha.. Aku ditinggal boyfriend .. Kesian tak ? Kesah pulak aku orang kesian ke tak .. Date aku ditinggalkan is on 5 April 2013. Atas sebab-sebab tertentu , tak payah la aku cerita kan. hehe .. 
Aku nak cerita kat korang yang 'AKU SAYANG DIA'.. !!!
Seluruh duniaa dengar laa yang 'AKU SAYANG DIAAAAA...!!!'
Aku sedih sangat , tapi aku tau yang aku kena kuat.. Nasib baik aku ada kawan-kawan , abang , akak dan yang penting aku ada ALLAH yang sentiasa nak dengar aku mengadu. Aku mampu anggap yang kami ni takde jodoh. Nak buat macam mana kan ? :(
Aku ada lagu untuk dia .. Nie dia  'YANG AKU TAU' :(
 Sayang kamu ada dimana
Hari ini tak ada kabarnya
Sayang kamu ada dimana
Jawab saat diriku bertanya
Kini engkau telah berubah
Kau tak seperti yang biasanya
Kini engkau telah berubah
Kau tak seperti yang biasanya
Yang aku tau
Dulu kau tak begitu
Tapi sekarang engkau berubah
Kau membuatku terluka
Apa diriku bersalah
Yang aku tau
Kamu menyayangiku
Namun sekarang kau tidak lagi
Kau tinggalkan ku sendiri
Diatas putaran bumi
Kini engkau telah berubah
Kau tak seperti yang biasanya
Kini engkau telah berubah
Kau tak seperti yang biasanya
Yang aku tau
Dulu kau tak begitu
Tapi sekarang engkau berubah
Kau membuatku terluka
Apa diriku bersalah
Yang aku tau
Kamu menyayangiku
Namun sekarang kau tidak lagi
Kau tinggalkan ku sendiri
Diatas putaran bumi
 Hurmm ,, macam lirik lagu tu , macam tu la jugak Yang Aku Tahu sebelum nie. Tapi sekarang dah tak tau dah.. haha.. Tapi aku tau yang Allah akan sentiasa memberi apa yang kita perlukan bukan apa yang kita mahukan. So, aku faham la yang mungkin ada yang lebih baik or kami memang tak ditakdirkan untuk bersama. (**muka pasrah) heee~
Aku tetibe terasa nak pesan something kat korang , hehe ..
1. memang susah nak lupakan orang yang kita sayang tapi jangan terlalu tunjuk yang kita tak boleh nak hidup tanpa dia.
2. ingat yang Allah dah tetapkan semuanya untuk kita.
3. bila dah terputus hubungan sebagai couple , not means putus hubungan untuk selamanya.. bole jadi kawan kan? heheh ...
Tu je kot untuk setakat ni.. See you later .. Don't be sos sad.. :) xoxoD 
 
 
 
 

Wednesday 3 April 2013

BERTUKARRR ...!!

assalamualaikum :) Olla .. !

Haa ,, korang nampak tak apa yang aku nampak ? Yeahhh ,,, ! blog aku dah BERTUKARRR ..... hahaha.. Credit to my bestie Nurul Syafika. Sebab 95% dia yang transformkan blog aku ni. hehe..kesian dia , sampai nak gayut pun kena kacau dengan aku. Btw, Sayang kau ketat-ketat makcik.. ! =*
Aku "kurang pandai" bab-bab ni.. Nampak tak , aku cakap "kurang" bukan "tak pandai langsung" ..(**muka cute) . So, aku kena la mintak tolong dengan orang yang lagi tau. Memandangkan dia yang paling tahu antara kami, maka dengan layaklah dia jadi mangsa aku. hehe. Kami buat ni sampai tengah malam buta taw, tapi kalau assignment takde pulak semangat sampai macam ni.. ngee ~ 
Bila tengok wajah blog aku yang semakin cute nie , bebunga-bunga pulak hati kite nak menulis, makin gatal pulak jari kite nak menaip. Haha ! InsyaAllah , lepas ni aku akan terus update blog ni dengan apa-apa la yang aku suka. hehee~ Yang penting benda tu mesti la berkait dengan 'BudakBiasa' macam aku. Kalau tak bekait pun , suka hati la aku nak update pun (**peace)hahaha. Cute jugak title 'BudakBiasa' tuu .. (**koyanye) haha 
Kayy laa korang ,, it's time for me to sleep.. Esok ada kelas lagi ..
Tapi before tu ,, nak tunjuk nie 
 Makcik kesayangan aku yang tolong transformkan blog aku yang cute nie se'cute' tuan tanah dia.. hahah ... Thank youu makcik ! 
See you again.. xoxoD 
 
 
 
 

 
 
 

Wednesday 27 March 2013

HangOut ... !

Olla ... ! hehe .. Hari ni best sangat sebab dapat hangout dengan semua kawan-kawan aku .. Best gile sebab dah lama tak lepak sama , then , once dapat lepak macam 3 tahun tak jumpa .. haha.. Bak kata membe2 aku "Kami buddyz takkan terpisah" ..  
Aktiviti kami yang pertama , mengisi perut yang kekosongan dari pagi dengan KFC . Lapar sangat , so licin la apa yang ada depan mata . Kami makan dulu sementara tunggu kawan2 aku yg lain sampai .. hehe *kebuluran* ..plan nak pegi makan pizza , tapi sebab takot lari budget kami makan la KFC je. Kenyang jugak . Kawan2 aku yang ditunggu pun sampai , kami pun makan sama2 la . apa lagi. haha.. 
Siap makan kami pun pegi mengasah bakat suara masing2 dekat mybox .. Memang 'menyumbangkan' lagu .. haha! **nasib baik tak pecah mic kat situ .. ngee ~ yang aku ingat tadi kami ada nyanyi lagu Set Fire To The Rain , Someone Like You , Mr.Sexobeat , Unbreak My Heart , Setiaku Korbankan , Permaisuri , Payphone , One More Night , pastu banyak lagi .. Dah tak ingat .. Memory kita low , haha ! **tapi bukan sebab makan semut goreng okay .. ;) 
Okay , next destination is to my beloved english teacher house ... Sampai2 je kat rumah teacher kitorang tu , anak dia cakap dia masuk wad .. So , kami pun terus rush ke hospital jerantut ni .. Lama jugak la kami borak dengan teacher. Sebab hari dah lewat , kami pun balik laa. Act aku memang tau yg teacher nak pegi buat blood test pagi tadi , tapi tak sangka pulak kena tahan sebab high blood pressure .. Kesian teacher , hmmm .. Hopefully teacher cepat sembuh. Nanti kami pegi rumah teacher semula ea .. =) 
 ##Gambar dalam proses , nanty next entry aku uploadkan gambar kami .. And aku benda nak story masa kami kat KFC .. haha .. Wait and see ,, see you soon .. xoxoD 

Tuesday 26 March 2013

~BFF kuu ... ~

Assalamualaikum ,, Olla .. ! Aku tak ngantuk sebenarnya , so aku macam teringin nak story kat korang pasal Best Friends Forever @ BFF aku nie .. Korang pun mesti ada BFF jugak kan .. ? hehe ,, tapi nie BFF aku .. Kami kawan dah lama , ada yang dari sekolah rendah , ada yang since form 1. Tapi bagi aku setakat ni diorang kawan terbaik aku .. Semua kawan-kawan aku pun baik ,, tapi aku rapat dengan diorang .. Kami tak kesah orang nak cakap apa pun pasal kami sebab kami tau kami tak kacau orang . hehe .. Pedulikan laa apa orang nak cakap .. =) 
Here we go .. ! Come , come , aku nak kenalkan kawan-kawan aku .. :-

Nama si gadis ayu ni Hajar .. Ada yang panggil dia Jaja.. Aku kenal dia masa aku sekolah rendah , tapi baru jumpa masa dia form 4. Pelik bin ajaib.. hehe.. Act macam ni, dulu dia sekolah rendah kat Sabah , then masa form4 dia pindah satu sekolah dengan aku. And kitorang rapat sampai la sekarang. =) hmm,, Whoever yang kenal dia akan cakap yang dia ni manja kot . hehe ,, dia ni spesis yang memahami , caring and sangat loving.. Ramai orang suka kawan dengan dia sebab dia ni friendly , tak berkira kalau orang mintak tolong. The important thing is , she's not sellfish or hipokrit.. Dia adalah dia .. =)


Haa ,, yang ni pulak nama dia Sakinah.. Disebabkan rumah dia yang paling dekat dengan aku , dia la yang selalu jadi mangsa teman aku pegi mana-mana .. Kitorang kalau bosan-bosan , kitorang akan pegi rumah si Jaja tadi tu naik motor. Tapi kami bukan minah rempit okay .. ! hehe .. Dia ni pun spesis friendly jugak. Payah la nak nampak dia diam , kecuali time dia buat kerja and tido .. haha .. Kynah nie gile2 sikit , asyik gelak je kalau duduk dengan dia. Belah2 low profile pun ye jugak. Antara kami , dia yang paling muda . Kalau ikot bulan laa. Sebab dia lahir bulan 10. Tu je pasal dia , nak tau lebih tanya tuan empunya badan. Sebelum lupa , hati dia dah dimiliki orang.. haha


This aunty pulak namanya Syafika.. Kami panggil dia Pykaa , kadang2 aku panggil dia MakCik. haha .. *jangan tanya kenapa* .. Dia ni sangat la pendiam kalau depan orang lain , tapi kalau dengan kami dia suka sangat "test vocal" .. haha.. Tau tak "test vocal" tu apa ? Berani potong jari korang tak tau . Biarlah rahsia .. =D Haa, dia ni ada blog jugak tau. Ni dia punya blog ohhpyka.blogspot.com . Nanti p la intai2 ea .. hehe.. Makcik senget ni pun hatinya dah dimiliki orang jugak .. takde can la korang.. hehe.. 


Mak Datin ni pulak namanya Nadhirah ,, tapi kami panggil dia Neady. Nama tu dia dapat masa sekolah rendah. Sir kami yang kasi .. Lekat nama tu sampai la sekarang. Dia ni vouge gitu .. Mulut dia pulak memang tak bole diam , buat keje ke , ape ke , tetap bebunyi. Tapi dia la yang selalu buat kitorang gelak .. Dia marah pun orang gelak , kalau dia gelak lagi la kami ni gelak teguling-guling. hahaha! Dia sangat la slumber , ikot suka dia je nak buat apa . Dia ni aku tak tau nak cakap status dia apa , tapi rasanya buat masa ni single kot. hehe .. =)


Si kecik molek ni pulak namanya Fathin.. Antara kami , dia la yg paling kecik. Dia ni gile2 jugak , but sometimes she's quite serious .. Tapi dia okay je ,, enjoy kot kawan dengan dia. ;) Dia ni kalau dah mula buat kerja , memang macam dia takde kat sebelah kita. Tak angkat muka langsung . Kat sekolah dulu , subjek math paling dia fav. Pantang nampak soalan math , mesti nak buat. Kalau aku pun pantang nampak jugak , mesti nak lari . Tu yang bezanya kami .. haha.. Padahal yang ajar math tu my mom .. Elok la sangat. hee~ haa ,, hati dia juga dah dimiliki orang .. Nampak , majoriti kawan2 aku semua dah berpunya . Termasuk la aku . hehehe ~ 


Ni gambar kami masa ambik result hari tu :- 
Alhamdulillah ,, result kami semua okay .. Puas hati dengan result masing ..Hope kitorang akan sama2 sukses .. Doakan kami ea.. And aku harap korang pun sukses dalam hidup korang .. 
**sorry ,, panjang pulak entry aku yang ni.. hehe .. xoxoD






it's me...

Olla everybody .. ! Aku baru nak belajar buat blog sebenarnya .. Just for fun je actually ..hehe .. korang nak kenal aku ke ? haha .. kalau nak nanti korang tengok ea. aku tak tau nak post ape sangat .. korang tengok la dulu gambar aku nie kalau nak kenal .. hehe .. 


Ni kat hostel kolej aku ,, aku belajar kat sana sementara tunggu result SPM je .. 


Yang ni pulak dengan my lovely sis ,, even she is shorter than me , but she is older than me.. 


Haa ,, nie laa aku .. hahaha


Yang ni pun aku ,, masa nie kat tepi rumah .. hehe


Time ni kat dalam kelas , tutor tak masuk , kami buat kelas photography .. =)

Seronok tau jadi aku ,, sebab aku "budak biasa" tapi korang jangan jadi macam aku , just be yourself .. hehe .. sampai sini je dulu kot. Hopefully , korang boleh accept aku as your friend maybe .. See you again .. xoxoD